comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek curi kereta dicekup

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Suspek dipercayai terbabit dalam kejadian mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Semambu petang kelmarin ditahan polis di Bentong awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, kereta milik akauntan wanita yang dilarikan suspek turut ditemui ketika tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman akan mengadakan sidang media berhubung tangkapan itu tengahari ini.

Polis juga sudah mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Raub hari ini.

Sumber turut memaklumkan, suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah adalah bekas banduan yang baru dibebaskan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3:10 petang Isnin lalu, suspek melarikan sebuah kereta bersama seorang penumpang warga emas wanita berusia 68 tahun.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tular di laman media sosial sejak semalam.

Laporan lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini