comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Tahanan lolos: 41 ditangkap setakat ini 

 

TAPAH: Dua lagi tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lalu ditangkap di Kampung Ampang, Kuala Woh, 8.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, jumlah tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari depot terbabit kini adalah 41 orang sejak hari pertama operasi dijalankan.

“Kedua-dua tahanan lelaki etnik Rohingya berjaya ditangkap atas maklumat orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Seorang daripada mereka meninggal dunia apabila terlibat dalam nahas jalan raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini