comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiga lagi kakitangan i-Serve dibebaskan dengan jaminan polis

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Dua kakitangan syarikat pelaburan i-Serve dibebaskan dengan jaminan polis semalam sementara seorang lagi akan diberi jamin polis petang ini selepas tempoh reman mereka tamat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek pertama seorang wanita berusia 30 tahun bekerja di i-Serve sebagai pembantu kewangan sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dan rakan kongsi kepada beberapa syarikat diberi jaminan polis petang nanti.

Menurutnya, suspek kedua wanita berusia 33 tahun yang bekerja di i-Serve secara dalam talian sejak 2013 sebagai pembantu kewangan sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah diberi jaminan polis jam 6.30 petang semalam.

“Suspek lelaki berusia 48 tahun berperanan sebagai pengurus penyelidikan dan pembangunan di syarikat terbabit pada 2006 yang bertanggungjawab membuat sistem serta perisian syarikat i-Serve, selain dilantik menjadi ahli lembaga pengarah kepada beberapa anak syarikat termasuk MyAirline juga diberi jaminan polis jam 6.30 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan syarikat pelaburan i-Serve dan MyAirline sudah dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini