comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiga lelaki ditahan, rogol budak 12 tahun dikenali di media sosial

Foto hiasan

BATU PAHAT: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki merogol seorang kenalan mereka berusia 12 tahun secara bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Sri Gading, di sini kelmarin.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek berusia 18 hingga 20 tahun tahun didakwa melakukan perbuatan itu selepas mereka mengenali mangsa melalui media sosial.

Malah, seorang daripada suspek didakwa sudah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sejak bulan lalu.

Kejadian terakhir berlaku pada malam Selasa lalu sebelum diketahui ibu mangsa dan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar daerah ini, susulan laporan polis dibuat jam 3.35 pagi semalam.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

“Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan ketiga-tiga suspek direman sehingga Isnin ini,” katanya dalam kenyataan.

Loading...
Terkini