comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Jalan tutup 3 jam, 525 tong gas bertaburan atas jalan

 

JEMPOL: Sebuah treler yang dalam perjalanan membawa tong gas kosong ke Melaka terbabas sebelum melintang di tengah jalan dalam kejadian pada jam 12.25 tengah tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata akibat kemalangan itu, sebanyak 525 tong gas bertaburan diatas jalan raya.

Katanya laluan berkenaan turut ditutup selama tiga jam bagi kerja pembersihan sebelum satu lorong dibuka selepas itu.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas pemandu treler berusia 45 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaannya itu sebelum melanggar tebing jalan lalu terbalik dan melintang di tengah jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan pemandu treler tersepit ditempat duduknya dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat pada jam 3.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Hoo berkata mangsa yang patah kaki dan tangan kanan kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) bagi menerima rawatan.

Kejadian disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini