comscore
Tumpuan :
Jenayah

Sampai hati pukul ibu kandung..

Foto hiasan

JEMPOL: Berang kerana ditegur membuat bising, seorang ibu dipukul oleh anak lelaki dalam kejadian di Bahau, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata kejadian pada jam 5.30 pagi menyebabkan wanita berusia 51 tahun itu mengalami kesakitan di bahagian belakang bahu sebelah kiri selepas ditumbuk dua kali oleh anaknya dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Jempol.

Katanya ketika kejadian, mangsa menegur suspek berusia 25 tahun yang dalam keadaan mabuk.

Sebaik ditegur, suspek memarahi mangsa sebelum bertindak menumbuk bahu, menarik rambut dan menolak mangsa sehingga jatuh.

“Mangsa sebelum itu menegur suspek supaya tidak membuat bising dan menyuruhnya tidur menyebabkan suspek berang.

“Suspek tidak berkerja manakala mangsa merupakan tukang jahit, “katanya dalam satu kenyataan.

Chang Hook berkata suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

Loading...
Terkini