comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Kemalangan 2 lori akibatkan seorang maut, seorang cedera parah

Anggota Bomba mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 31.6 Lebuhraya Karak-Kampung Sungai Cinchin, di Gombak, awal pagi tadi.

GOMBAK: Seorang pemandu lori maut, manakala kelindannya pula parah dalam kemalangan di Kilometer (KM) 31.6 Lebuhraya Karak-Kampung Sungai Cinchin, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu disahkan maut di tempat kejadian selepas tersepit pada tempat duduk pemandu, sejurus kenderaan dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori lain.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi sejurus pihaknya menerima panggilan jam 1.19 pagi tadi.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua lori di lokasi terbabit dengan pemandunya tersepit pada tempat duduk pemandu.

“Anggota bertugas mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa, namun lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, katanya, seorang lagi mangsa yang juga kelindan lori iaitu seorang lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 40-an cedera parah dan diserahkan kepada KKM untuk rawatan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini