comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu nyaris maut, kereta tiba-tiba terbakar

FOTO: Ihsan JBPM Johor

TANGKAK: Seorang pemandu nyaris maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran tol Lebuhraya Utara Selatan Bukit Gambir menghala ke bandar ini, awal pagi tadi.

Mangsa yang berumur 23 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kereta yang hampir 90 peratus terbakar.

Identiti mangsa sedang dikenal pasti.

Menurut kenyataan yang yang dikeluarkan pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 1.49 pagi tadi.

Katanya, sebuah jentera bersama 7 anggota bomba dari balai bomba Bukit Gambir telah dikejarkan Ke lokasi diketuai pegawai bomba kanan II, Mohd Khalid Mohd Aris.

Ujarnya, anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan 2 saluran bantu mula dan berjaya memadam api dalam tempoh 80 minit.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini