comscore
Tumpuan :
Dunia

Pemandu nyaris maut, peluru berpandu mendarat bersebelahan 

Foto : Reuters

KYIV: Seorang pemandu nyaris maut apabila peluru berpandu yang dilancarkan Rusia hampir mengenai kereta yang dipandunya di Kyiv.

Kejadian itu yang berjaya dirakam kamera papan pemuka menunjukkan misil itu mendarat di jalan raya yang sedang sibuk ketika itu.

Sebaik misil itu mendarat di sebelah kanan kereta yang sedang bergerak, pemandu berkenaan bagaimanapun terus memandu.

Dilaporkan beberapa peluru berpandu lain yang dilancarkan Rusia berjaya ditembak jatuh Ukraine namun terdapat seorang individu yang cedera di daerah Podil dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.

Tiada kerosakan besar dilaporkan setakat ini.

Sasaran utama Rusia menyasarkan lokasi penyimpanan stok senjata dari Barat, fasiliti tenaga dan bangunan kerajaan.

Rusia setakat ini telah meningkatkan kekerapan serangan udara tatkala Ukraine bersedia untuk melakukan serangan balas.

Loading...
Terkini