comscore
Tumpuan :
Kes

Lelaki Warga Asing Cedera Ditikam, 5 Ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sehingga mengakibatkan kecederaan seorang lelaki di Sri Petaling, ibu negara awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata mangsa ditemui terbaring di tepi jalan dengan kesan tikaman pada bahagian pinggang sebelah kiri.

Menurutnya, pada jam 3.49 pagi, anggota Unit Rondaan Bermotosikal Balai Polis Sri Petaling telah ternampak seorang lelaki terbaring di tepi jalan.

Mangsa yang dipercayai mabuk telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Cheras untuk rawatan.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields bersama Forensik IPK KL dan Unit K9 PDRM telah dihantar ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun tiada sebarang senjata ditemui di lokasi.

Hasil siasatan awal dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup CCTV serta pemantauan di lokasi telah membawa kepada penahanan lima lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam.pergaduhan itu.

Dua daripada lelaki berkenaan turut terdapat kesan lebam di bahagian muka.

Kesemua suspek ditahan reman dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Loading...
Terkini