comscore
Tumpuan :
Luar Negara

120 ikan lumba-lumba ditemui mati di Sungai Amazon

FOTO Reuters

BRAZIL: Sekurang-kurangnya 120 bangkai ikan lumba-lumba ditemui di Sungai Amazon sejak minggu lalu dipercayai mati ekoran cuaca panas melampau.

Fenomena yang menjejaskan ekosistem flora dan fauna di Amazon itu berpunca daripada kemarau dan haba.

Paras air sungai yang rendah ketika kemarau ini turut menyebabkan air sungai menjadi hangat dan menjejaskan hidupan air terutamanya ikan lumba-lumba.

Ribuan ikan dilaporkan mati di Sungai Amazon sejak kebelakangan ini akibat kekurangan oksigen dalam air.

Sekitar 70 bangkai ikan lumba-lumba ditemui Khamis lalu sebaik suhu Tasik Tefe mencecah 39 darjah selsius, 10 darjah lebih tinggi daripada suhu purata tempoh sama tahun lalu.

Para saintis bagaimanapun tidak dapat mengaitkan sekiranya kematian ikan lumba-lumba ini memang disebabkan kemarau.

Loading...
Terkini