comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Ahli politik hilang susulan hujan lebat di Jepun

FOTO: Reuters

ANKARA: Seorang ahli politik Jepun, Nobuhiko Akaike, dilaporkan hilang susulan hujan lebat yang mencetuskan tanah runtuh di bandar Nanto, lapor media tempatan pada Khamis.

Polis sedang mengesan Nobuhiko yang mungkin terperangkap dalam banjir lumpur. Kira-kira 100 penduduk di kawasan berjiran Oyabe, turut terputus hubungan akibat tanah runtuh.

Wilayah Ishikawa merekodkan 199 milimeter hujan dalam tempoh enam jam, manakala Wilayah Toyama mencatatkan curahan hujan sebanyak 170.5 mm, satu lagi rekod tertinggi, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News.

Menurut media tempatan, tujuh orang maut setakat ini di pelbagai tempat di negara ini. – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Loading...
Terkini