comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Antonio Guterres tekan ‘butang panik’, guna Artikel 99 seru gencatan senjata di Gaza

FOTO REUTERS

NEW YORK: Buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad, Artikel 99 Piagam PBB bakal digunakan dalam usaha menyelesaikan konflik di Gaza.

Menurut Reuters, keputusan itu dibuat oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sebagai amaran rasmi kepada Majlis Keselamatan PBB, UNSC berhubung tuntutan penyelesaian terhadap perang Israel-Palestin yang masih tiada tanda bakal berakhir dalam tempoh terdekat selain angka korban rakyat Palestin terus bertambah akibat kekejaman Zionis.

Artikel 99 memberi kuasa kepada Setiausaha Agung memanggil kesemua ahli UNSC untuk membincangkan sesuatu topik yang dirasakan perlunya persetujuan dicapai untuk keamanan dan keselamatan, dan dalam konteks ini adalah keamanan di Gaza.

Guterres menyeru ahli UNSC untuk menyokong seruannya agar gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan di Gaza.

Bagi membolehkan seruan Guterres diterima pakai, resolusi memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh lima anggota tetap – Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis atau Britain.

Meskipun sebahagian besar ahli UNSC bersetuju untuk gencatan senjata sepenuhnya, masih tiada resolusi diluluskan berkaitan Gaza di peringkat Majlis Keselamatan susulan tindakan Amerika Syarikat yang kerap kali menggunakan veto.

Kali terakhir artikel berkenaan diguna pakai adalah pada tahun 1989 ketika konflik ketenteraan di Lubnan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini