comscore
Tumpuan :
Luar Negara

AS beri amaran kepada Israel hentikan keganasan, umum larangan visa

Penduduk Palestin memeriksa kereta yang dibakar peneroka haram Yahudi dekat Salfit, Tebing Barat yang diduduki. – FOTO REUTERS

WASHINGTON: Dalam usaha menggesa tindakan melampau Israel ke atas warga Palestin di Gaza, Amerika Syarikat (AS) semalam mula menguatkuasakan larangan visa ke atas peneroka Yahudi terbabit dalam keganasan di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, di mana tindakan terbabit dibuat selepas wujudnya beberapa rayuan supaya rejim Israel melakukan lebih banyak pencegahan keganasan oleh penduduk Yahudi di situ.

Mengulas lanjut, katanya, dasar sekatan visa Jabatan Negara AS yang baharu menyasarkan individu yang dipercayai terbabit dalam menjejaskan keamanan, keselamatan, atau kestabilan di Tebing Barat.

“Ia termasuklah melalui tindakan keganasan atau mengambil tindakan lain yang menyekat akses orang awam kepada perkhidmatan penting dan keperluan asas secara berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan

.Presiden AS, Joe Biden sebelum ini  memberi amaran berulang kali  Israel mesti bertindak menghentikan keganasan oleh penduduk Israel terhadap warga Palestin di Tebing Barat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, berkata gesaan supaya Israel melakukan lebih banyak usaha menghentikan keganasan pelampau terhadap rakyat Palestin, dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap tindakan itu sudah dijelaskan Blinken kepada pegawai Israel semasa lawatan minggu lalu.

Beliau berkata, selain itu, pemimpin Palestin juga mesti melakukan lebih banyak lagi tindakan untuk mengekang serangannya terhadap Israel di Tebing Barat.

“Larangan pertama melalui dasar baharu itu akan dikenakan pada hari Selasa dan lebih banyak tindakan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang.”katanya.

Pada perkembangan lain, Menteri Pertahanan Israel  Yoav Gallant, dengan angkuhnya  berkata tiada sesiapa selain pihak berkuasa Israel yang mempunyai hak menggunakan keganasan.

“Israel adalah negara yang mempunyai undang-undang. Hak menggunakan keganasan hanya milik mereka yang diperakui oleh kerajaan,” katanya

Loading...
Terkini