comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 300 dron, peluru berpandu Iran sasar Israel

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Lebih 300 dron dan peluru berpandu balistik disasarkan Iran ke Israel.

Menurut Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari serangan itu dikatakan masih ‘berterusan’ dan bala tenteranya sentiasa bersiap siaga bagi menangkis semua serangan.

Dalam satu kenyataan berasingan, tentera Israel berkata bahawa puluhan pelancaran peluru berpandu permukaan telah dikenal pasti menghampiri wilayah Israel, yang majoritinya telah dipintas sebelum menuju ke wilayah itu.

Manakala puluhan jet pejuang Israel kini beroperasi untuk memintas semua ancaman udara yang memasuki ruang udara Israel.

Sementara itu, tentera Amerika Syarikat (AS) membantu Israel menembak jatuh hampir semua dron dan peluru berpandu yang dilancarkan Iran.

Menurut Joe Biden, AS juga membantu sekutunya itu daripada tidak membalas dendam terhadap Tehran kerana Israel kononnya telah menunjukkan kekuatannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini