comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bas terjunam dari jambatan, 21 maut

Anggota bomba dan pasukan keselamatan meninjau lokasi di mana sebuah bas terjunam dari jambatan lalu terbakar di lintasan dekat Venice, di Mestre, Itali. – FOTO Reuters

VENICE: Kanak-kanak antara 21 orang maut apabila sebuah bas pelancong terjunam dari sebuah jambatan berhampiran bandaraya Venice, Itali.

Nahas berlaku sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan) atau 1.45 pagi waktu Malaysia ketika bas terbabit dalam perjalanan pulang dari pusat bersejarah Venice ke tapak perkhemahan.

Bas berkenaan dilaporkan merempuh pagar penghalang dan terjunam 10 meter berhampiran landasan kereta api di daerah Mestre yang dihubungkan dengan Venice melalui sebuah jambatan, lapor media tempatan.

Punca kemalangan dikatakan berlaku apabila pemandu tiba-tiba sakit atau tidak sihat.

Usaha sedang dijalankan untuk mengeluarkan dan mengenal pasti mayat.

Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro menyifatkan, ‘tragedi besar’ telah berlaku.

Sementara itu, agensi berita tempatan, Ansa melaporkan, selain 21 orang yang meninggal dunia, lebih 20 penumpang lain dilaporkan cedera.

Loading...
Terkini