comscore
Tumpuan :
Luar Negara

5 lagi dikhuatiri maut dalam nahas bas di Venice

FOTO Reuters

VENICE: Lima mangsa hilang belum ditemui rentetan nahas bas jatuh jambatan di Venice, Itali.

Mangsa yang hilang dikhuatiri maut ekoran pengangkutan berkenaan terbakar sejurus insiden.

Justeru, pasukan keselamatan kini giat melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa terbabit.

Dalam kejadian, sekurang-kurangnya 21 maut apabila bas terbabit terjunam dari sebuah jambatan dan menimpa landasan kereta api di daerah Mestre yang dihubungkan dengan Venice

Jurucakap pasukan keselamatan Venice memaklumkan, dua kanak-kanak antara mangsa korban.

Siasatan juga giat dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar nahas.

Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro menyifatkan ia satu tragedi besar yang berlaku di kota itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni merakamkan ucapan takziah terhadap mangsa dan keluarga terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN|

Loading...
Terkini