comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Bekas Presiden Amerika Syarikat ditahan di Penjara Georgia 

 

ATLANTA: Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyerah diri di Atlanta, Georgia dan dibawa ke Penjara Fulton County.

Trump berdepan lebih 12 pertuduhan berkaitan dakwaan cubaan membatalkan keputusan pilihan raya Georgia 2020.

Sebelum ini Trump pernah menghadapi dakwaaan rasuah, penyimpanan dokumen sulit negara secara haram dan penglibatan dalam serangan maut ke atas Capito AS.

Foto: Reuters

Selain Trump 18 individu lain termasuk bekas Ketua Ejen, Mark Meadows, dan bekas Ketua New York City, Rudy Giuliani telah didakwa di bawah undang-undang anti-cetak rompak yang biasanya dikaitkan dengan jenayah berkumpulan dan terancang.

Mereka didakwa atas tuduhan rancangan menjejaskan keputusan pilihan raya Georgia, pada 2020.

Trump sebelum ini berulang kali menafikan bahawa dirinya terlibat dengan salah laku tersebut.

Sementara itu proses pendakwaan difahamkan akan berjalan lancar kerana pihak Trump dikatakan telah membuat rundingan perjanjian bon.

Dia bersetuju menerima bon persetujuan AS$200,000 berserta syarat pelucutan lain, termasuk larangan menggunakan media sosial atas tujuan mengkritik rakan sekutu atau saksi yang terlibat dalam kes itu. – REUTERS

Loading...
Terkini