comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Ben-Gvir arah bendera Palestin ‘disingkirkan’

FOTO: TRT World / Instagram

TEBING BARAT: Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir sekali mencetuskan kontroversi apabila telah mengarahkan penyingkiran bendera Palestin dari tempat-tempat awam.

Arahan ini dikeluarkan rentetan serangan anti Arab dan Palestin yang tidak berpenghujung.

Kebenciannya terbukti, apabila Ben-Gvir turut berdepan dakwaan hasutan lebih 50 kali selain turut menyampaikan kenyataan berbaur kebencian dan keganasan.

Dia yang tinggal di penempatan haram di Tebing Barat dilaporkan sentiasa muncul di lokasi-lokasi panas kawasan bergolak Israel-Palestin dan mula dikenali ekoran dari suara lantangnya membenci Palestin.

Merupakan seorang peguam, Ben-Gvir turut dikenali kerana mempertahankan puak pelampau Yahudi yang terbabit jenayah keganasan di mana dia akhirnya diangkat menjadi menteri dalam kabinet Israel.

Loading...
Terkini