comscore
Tumpuan :
Dunia

COVID-19: Hampir separuh kes di AS varian JN.1

FOTO REUTERS

NEW YORK: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memaklumkan subvarian COVID-19 JN.1 mengakibatkan antara 39 hingga 50 peratus daripada keseluruhan kes di Amerika Syarikat (AS), setakat 23 Disember lalu.

Peningkatan itu melepasi anggaran CDC yang dibuat setakat 8 Disember lalu yang mengunjurkan 15 peratus kepada 29 peratus kes di AS.

CDC berkata, varian itu terus menyebabkan peningkatan jangkitan dan paling banyak merebak di negara berkenaan, ketika ini.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui sejauh mana JN.1 akan menyebabkan peningkatan dalam jangkitan atau kemasukan ke hospital, kata CDC.

Menurutnya, vaksin, ujian dan rawatan sedia ada masih berfungsi dengan baik untuk menangani jangkitan penyakit itu.

Selasa lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan JN.1 sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI) dan berkata bukti semasa menunjukkan risiko kepada kesihatan awam rendah daripada jujukan varian itu. – REUTERS

Loading...
Terkini