comscore
Tumpuan :
Nasional

Murid terjejas banjir dibenar hadir berpakaian biasa

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan kebenaran kepada murid yang terjejas banjir untuk hadir ke sekolah berpakaian biasa.

Menterinya Fadhlina Sidek, berkata pihak sekolah perlu memaklumkan murid-murid bahawa boleh datang ke sekolah menggunakan pakaian biasa sekiranya pakaian mereka telah musnah semasa banjir.

“Bagi mereka anak-anak yang terjejas dengan banjir yang mana pakaian mereka juga hanyut atau pun hilang hingga menyebabkan mereka tiada pakaian ke sekolah.

“Kita setuju bahawa mereka boleh datang ke sekolah menggunakan pakaian biasa asalkan berpakaian, mereka boleh datang dengan pakaian yang sesuai.

“Ini adalah sisi pendidikan manusiawi yang perlu kita ambil kira dalam konteks memastikan akses mereka untuk ke sekolah untuk pendidikan tetap dijamin walaupun mereka terjejas dengan situasi banjir,” katanya pada satu sidang media khas di sini hari ini.

Selain itu ketika ditanya mengenai aktiviti luar bilik darjah tatkala Covid-19 kembali menular, beliau berkata aktiviti masih boleh dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.

Beliau turut mengingatkan agar pihak sekolah terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan pencegahan Covid-19 dan jangkitan resoiratori lain yang dikelaurkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita sudah ada garis panduan, jadi kita patuhi garis panduan tersebut, aktiviti masih boleh dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan tersebut,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini