comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Empat maut dalam insiden tembakan di California

Foto: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Empat maut manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bar di California.

Insiden berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan di sebuah bar tumpuan penunggang motosikal.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Jurucakap Polis Daerah Orange mengesahkan suspek adalah bekas seorang anggota polis ditembak mati di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera pula dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Punca insiden bagaimanapun tidak didedahkan.

Loading...
Terkini