comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Galak pamer kemewahan, mayat ‘influencer’ ditemui dikerat-kerat

FOTO: Wion

BUENOS AIRES: Misteri kehilangan seorang ‘influencer’ atau pempengaruh lelaki popular sejak 19 Julai lalu terjawab, apabila beberapa bahagian tubuhnya ditemui dalam sebuah beg.

‘Influencer’ berasal dari Argentina dan dikenali sebagai Fernandez Perez Algaba, 41 tahun, terkenal dalam kalangan pengikutnya sebagai seorang ‘pemain kripto’ yang kerap mempamer kemewahan hidup.

Tubuhnya ditemukan dalam dua beg berasingan.

Beg pertama dijumpai sekumpulan kanak-kanak di sebuah padang berdekatan sungai di Ingeniero Budge, Buenos Aires.

Beg berwarna merah dikenal pasti mengandungi anggota tubuh Perez melalui tatunya, sementara sebahagian tubuh lain ditemukan dalam beg kedua selepas siasatan dijalankan.

FOTO: Marca

Punca kematian Perez bagaimanapun adalah kerana ditembak sebelum dikerat kepada beberapa bahagian.

Menurut laporan sama, Perez dipercayai dibunuh kerana terlilit hutang dalam jumlah yang cukup besar.

Dia dilaporkan hilang selepas gagal memulangkan kunci pangsapuri yang disewa.

Pendedahan itu dibuat oleh adiknya, Rodolfo Perez Algaba yang terbang ke Buenos Aires untuk mencari abangnya.

Dia mendakwa abangnya bukan penipu, namun sedang berdepan masalah ekonomi teruk dan membuat beberapa pinjaman dalam jumlah yang besar termasuk daripada agensi di Argentina.

Seorang suspek telah ditangkap dengan pihak berkuasa mengatakan kes jenayah itu akan selesai dalam masa terdekat.

Loading...
Terkini