comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Indonesia kecam tindakan ganas Israel di Jenin

FOTO: AGENSI

JAKARTA: Indonesia mengecam sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang dilakukan pasukan keselamatan Israel di Jenin, hingga mengorbankan sembilan rakyat Palestin.

“Tindakan kejam oleh Israel ini akan merumitkan lagi proses keamanan di Timur Tengah.

“Indonesia menyeru masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak Israel supaya menghormati hak rakyat Palestin,” menurut kementerian luar negara itu menerusi ciapan di Twitter.

Sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang wanita berusia 60-an dilaporkan terbunuh ketika serbuan tentera Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat pada Khamis.

Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin cedera manakala empat lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. – BERNAMA

Loading...
Terkini