comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel lancar serangan balas ke Lubnan


LUBNAN: Rejim zionis memaklumkan pihaknya telah melancarkan serangan terhadap Lubnan sebagai tindak balas ke atas serangan Hezbollah tempoh hari.

Serangan Lubnan itu menyasarkan pondok kawalan tentera Israel dan kawasan perkampungan yang terletak di sempadan utara.

Terdahulu anggota pengaman PBB memberi amaran pergolakan di sempadan akan semakin memuncak.

Satu klip visual yang diedarkan rejim menyaksikan serangan dilancar menyasarkan selatan Lubnan.

Agensi berita Reuters bagaimanapun tidak dapat memastikan kesahihan visual berkenaan.

Serangan Hezbollah sebelum ini yang menyasarkan Shtula, kawasan komuniti perladangan bersempadan dengan Lubnan telah meragut satu nyawa, dan mencederakan tiga lagi orang.

Keganasan sempadan ini merupakan yang terburuk pernah disaksikan sejak tahun 2006.

Selain serangan balas ke atas Lubnan, zionis turut mengisytiharkan zon berkenaan dengan jarak 4 kilometer ke sempadan Lubnan sebagai kawasan larangan kepada orang awam.

Loading...
Terkini