comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam

BAITULMAQDIS: Rejim Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jabatan Wakaf Islam berkata pihak berkuasa Israel menutup semua pintu masuk yang menuju ke pekarangan masjid.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Israel bertindak memperketat kemasukan dan hanya membenarkan warga emas masuk ke masjid berkenaan.

Pada masa yang sama, polis membenarkan orang Israel memasuki perkarangan masjid untuk menjalankan ritual, tindakan yang jelas melanggar status quo masjid itu.– BERNAMA-WAFA

Loading...
Terkini