comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Zionis ancam bedil sebuah lagi hospital di Gaza

 

GAZA: Rejim Israel mengancam untuk membedil sebuah lagi pusat perubatan.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, (PRCS), Zionis mengancam untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza.

Dalam hantaran di laman X, PRCS berkata, hospital itu dijadikan tempat perlindungan ribuan wanita dan kanak-kanak yang hilang tempat tinggal akibat serangan bertali arus rejim.

Ketika ini terdapat sekitar 12,000 penduduk berlindung di hospital berkenaan termasuk 70 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan wanita yang berada dalam keadaan ketakutan.

Justeru, kuasa besar dunia dan masyarakat antarabangsa digesa bertindak segera menghalang misi pengeboman israel ke atas hospital berkenaan.

Sebelum ini Hospital Al-Ahli dibedil sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 500 rakyat Palestin.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini