comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Kargo di Lapangan Terbang Heathrow dicemari uranium

FOTO: REUTERS

LONDON: Pasukan Tindakan Antipengganas Britain segera melakukan siasatan selepas pihak berkenaan menerima laporan terdapat pencemaran uranium di dalam sebuah kargo di Lapangan Terbang Heathrow.

Menurut Polis Metropolitan, pencemaran bahan kimia terbabit dikesan sewaktu pasukan pegawai bertugas melakukan rondaan pemeriksaan kargo.

Kargo yang tercemar dengan uranium itu dilaporkan membawa besi buruk dari Pakistan dan baru sahaja tiba dari Oman.

Tiada tangkapan dibuat susulan kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, bekas Ketua Unit Senjata Kimia Britain memaklumkan bahan kimia berkenaan tidak seharusnya dibawa masuk ke dalam pesawat komersial.

Setakat ini, punca pencemaran dan faktor keberadaan uranium terbabit di dalam pesawat masih belum diketahui. – AP

Loading...
Terkini