comscore
Tumpuan :
Artikel

Komander Kanan Briged Al-Aqsa Antara Dua Maut Dalam Serbuan Tentera Rejim Israel

Foto: AFP

TEBING BARAT: Dua penduduk Palestin termasuk seorang Komander Briged Al-Aqsa maut dalam serbuan terbaharu tentera rejim Israel ke atas sebuah rumah di Nablus pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Ibrahim Al-Nabulsi. 

Insiden disusuli pertempuran penduduk Palestin dengan tentera rejim di daerah sama yang menyaksikan 40 penduduk Palestin cedera dengan empat daripadanya kritikal

Mangsa yang ditembak dengan peluru hidup turut dihalang daripada menerima rawatan Pasukan Bulan Sabit Merah.

Foto: AFP

Kekejaman tentera rejim tidak berakhir di situ apabila sejumlah penduduk Palestin termasuk remaja diculik di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Operasi serbuan di Tebing Barat dipertingkatkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini bagi memburu ahli kumpulan pejuang pembebasan Palestin.

Foto: [email protected]

Pertempuran tiga hari bermula Jumaat lalu, turut meragut 44 nyawa penduduk Palestin termasuk 15 kanak-kanak dan remaja.

Loading...
Terkini