comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Korban terlalu ramai, terpaksa dikebumi satu liang lahad

FOTO Reuters

GAZA: Empat pejuang Palestin dikebumikan pagi tadi selepas kesemua mereka maut dalam serangan udara semalam di Khan Younis.

Terdahulu, banyak jenazah mereka yang terkorban terpaksa disemadikan beramai-ramai kerana jumlah mangsa yang terlalu ramai.

Bahkan ada waris yang terpaksa akur tapak kubur ahli keluarga mereka terpaksa digali dan didalamkan untuk memberi ruang buat mangsa baharu.

Rumah mayat yang terlalu penuh turut memaksa pihak hospital mengebumikan individu yang terkorban sebelum mayat sempat dituntut waris.

Bagi memudahkan pengecaman jenazah sekiranya terkorban, rakyat Palestin mula memakai gelang identifikasi selain turut menconteng nama pada bahagian tangan dan juga kaki.

Angka kematian yang terus meningkat saban hari memaksa Amerika Syarikat dan negara-negara lain untuk menggesa Israel patuh kepada gencatan senjata supaya bantuan kemanusiaan boleh dibawa masuk ke Gaza.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagaimanapun tidak bersetuju dengan gesaan itu dan mahu pemburuan anggota Hamas diteruskan.

Menurut Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, 1.4 juta penduduk Gaza daripada populasi keseluruhan 2.3 juta turut kehilangan tempat tinggal.

Loading...
Terkini