Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Kurang ajar, perempuan Iran bakar Al-Quran dalam periuk

STOCKHOLM: Seorang wanita kelahiran Iran membakar senaskah al-Quran di Stockholm, Sweden kini di bawah perlindungan polis.

Sputnik memetik Agensi Berita Anadolu melaporkan, Bayrami Marjan, 47 tahun, membakar al-Quran di dalam periuk di tepi Tasik Malaren, pantai Angbybadet di Bromma.

Dia dengan lantang dan biadab mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.

Beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa demonstrasi membakar al-Quran berlaku di Denmark dan Sweden.

Susulan itu, kebanyakan negara Islam mengutuk demonstrasi berkenaan, serta ada negara yang memanggil duta Sweden dan Denmark bagi menuntut penjelasan dan menyatakan protes terhadap perbuatan itu.

Bulan lalu, ratusan penunjuk perasaan Iraq menyerbu kedutaan Sweden berikutan pembakaran al-Quran di Stockholm.

Loading...
Terkini