comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Denmark cari kaedah henti protes melampaui agama

FOTO: Reuters

COPENHAGEN: Denmark akan mengenal pasti kaedah undang-undang bagi menyekat dan menghentikan protes membabitkan pembakaran Al-Quran.

Langkah itu susulan wujudnya kebimbangan keselamatan, berikutan tindak balas terhadap perbuatan sedemikian, yang menyaksikan Al-Quran dicemari di negara itu dan Sweden.

Menurut Kementerian Luar Denmark, kerajaan mahu memastikan protes seumpamanya tidak diperalatkan kumpulan pelampau untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian sehingga mencetuskan tidak balas ganas.

FOTO: Reuters

Justeru, kerajaan mahu meneroka kaedah campur tangan apabila negara, agama dan budaya lain dihina atas alasan kebebasan bersuara.

Konteks kebebasan ini perlu dilakukan dalam kerangka hak bersuara dilindungi oleh perlembagaan, tanpa mengubah hakikat kebebasan bersuara di denmark mempunyai skop sangat luas.

Katanya, pihaknya juga menyedari tindakan protes itu hanya dilakukan kumpulan pelampau.

FOTO: Reuters

Sebelum ini, beberapa protes membabitkan tindakan mencemarkan kitab suci umat islam itu menimbulkan ketegangan diplomatik di seluruh asia barat dan kedua-dua negara eropah itu.

Dalam pada itu, Arab Saudi dan Iraq dijangka mengadakan mesyuarat bagi Pertubuhan Kerjasama Islam, (OIC), yang berpangkalan di Jeddah bagi menangani tindakan mencemar Al-Quran di Sweden dan Denmark.

Loading...
Terkini