comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Letupan ragut tiga nyawa termasuk bayi empat bulan

FOTO: Reuters

REPUBLIK DOMINICA: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala puluhan lagi cedera dalam satu letupan yang tercetus dekat ibu negara Republik Dominica itu.

Mangsa yang maut merupakan seorang bayi empat bulan dan dua orang dewasa, dilaporkan mengalami kesan lecur 90% pada badan.

33 individu lain yang mengalami kecederaan ekoran letupan di pusat komersial San Cristobal itu kini sedang dirawat di hospital berdekatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joel Santos yang melakukan lawatan ke lokasi nahas memberi jaminan, bantuan akan disalurkan kepada mangsa yang terjejas.

Menurutnya, dana kerajaan akan digunakan bagi membantu serta menyelamat mangsa tragedi.

Loading...
Terkini