comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Lima ekor singa lolos dari kurungan di zoo

FOTO: Reuters

SYDNEY: Lima singa Afrika terlepas dari kurungan di Zoo Taronga, Australia, sehingga menyebabkan polis terpaksa membuat sekatan pergerakan (lockdown) kecemasan.

Sekatan itu membolehkan pihak berkuasa dan kakitangan zoo mengesan haiwan berkenaan yang dikhuatiri menyerang orang awam.

Penggera kecemasan dibunyikan di seluruh zoo, manakala lokasi tarikan pelancong itu ditutup buat sementara waktu sehingga singa berjaya dikesan.

Pengarah eksekutif Zoo Taronga, Simon Duffy memaklumkan, seekor singa sudah berjaya dikesan dan ditenangkan kakitangan zoo.

Zoo Taronga terletak di kawasan perbandaran yang mewah dengan pemandangan Sydney Opera House dan jambatan di pelabuhan.

Tinjauan juga mendapati penjaga zoo dilihat menjalankan pemeriksaan pada pagar kandang singa bagi mengesan kerosakan.

Zoo itu mempunyai dua singa dewasa bernama Maya dan Ato, selain lima anak, Khari, Luzuko, Malika, Zuri dan Ayanna.

Seekor singa Afrika jantan dewasa boleh mencecah berat sehingga 250 kilogram, manakala singa betina mencapai berat sehingga 180 kilogram.

Sebelum ini, harimau Bengalla berusia dua tahun berjaya lolos dari kandangnya di Zoo Taronga, pada tahun 1946.

Harimau itu kemudian berkeliaran di kawasan zoo dan kejadian berkenaan disifatkan sebagai ‘ketakutan melampau’ sebelum haiwan itu ditembak penjaga zoo.

Loading...
Terkini