comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Majlis Keselamatan PBB tuntut Myanmar hentikan keganasan

FOTO: AP

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun untuk menuntut keganasan dihentikan dan menggesa junta tentera membebaskan semua tahanan politik, termasuk pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Myanmar berada dalam krisis sejak tentera mengambil alih kuasa daripada kerajaan pimpinan Suu Kyi pada 1 Februari 2021, menahannya dan pegawai lain serta bertindak balas terhadap protes dan perbezaan pendapat pro-demokrasi dengan kekerasan yang melampau.

Duta Besar Britain untuk PBB, Barbara Woodward, berkata mereka sudah menghantar mesej tegas kepada tentera dan menjangkakan resolusi itu akan dilaksanakan sepenuhnya.

Masalah untuk menangani krisis Myanmar berlanjutan dengan lama apabila China dan Rusia turut berdebat menentang tindakan keras.

Justeru, dua negara itu termasuk India berkecuali daripada mengundi semalam di mana hanya 12 ahli mengundi menyokong.

Sementara itu, Duta Besar China untuk PBB, Zhang Jun, menjelaskan China masih mempunyai kebimbangan.

Duta Besar Myanmar, Kyaw Moe Tun, yang masih memegang kerusi PBB dan mewakili kerajaan Suu Kyi, berkata walaupun terdapat unsur positif dalam resolusi itu, Kerajaan Perpaduan Nasional terdiri daripada saki-baki pentadbiran yang digulingkan lebih suka teks yang lebih kukuh.

Sebelum ini, difahamkan teks draf resolusi itu menggesa pemberhentian pemindahan senjata ke Myanmar dan mengancam sekatan, tetapi ia sudah dihapuskan. – REUTERS

Loading...
Terkini