comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Meta didenda EUR1.2 bilion kerana langgar undang-undang data EU

FOTO: Reuters

BERLIN: Syarikat induk Facebook Meta didenda sebanyak EUR1.2 bilion (US$1.29 bilion) kerana melanggar undang-undang data Kesatuan Eropah (EU).

Perkara itu dilaporkan agensi berita Jerman (DPA) yang memetik pihak berkuasa perlindungan data Ireland DPC.

Kes itu berkaitan keterlibatan Facebook dalam pengawasan massa oleh agensi perisikan Anglo-Amerika, yang didedahkan oleh pemberi maklumat AS Edward Snowden.

Menurut DPC, firma itu telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Am EU.

DPC adalah badan bebas yang bertanggungjawab menegakkan hak asasi individu di EU bagi melindungi data peribadi pengguna.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pemilik Meta – Mark Zuckerberg.

Loading...
Terkini