comscore
Tumpuan :
Luar Negara

PM Jepun makan hasil laut, bukti selamat selepas pelepasan sisa Loji Nuklear Fukushima Daiichi

Foto: Reuters

TOKYO: Bagi membuktikan produk makanan laut negaranya selamat, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bersama tiga menteri kabinet menikmati hidangan sashimi (hirisan ikan mentah) ketika makan tengah hari pada Rabu.

Media tempatan melaporkan menu yang dihidangkan untuk mereka adalah hasil tangkapan di perairan Fukushima, kira-kira seminggu selepas langkah pelepasan sisa air terawat dari kemudahan nuklear yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Foto: Reuters

Selain makanan hasil laut, hidangan lain termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan itu adalah dari Fukushima.

Makan tengah hari yang ditunjukkan kepada umum itu adalah sebagai bukti komitmen beliau untuk memulihkan reputasi komuniti terlibat industri perikanan di wilayah itu.

Menteri Ekonomi dan Industri, Yasutoshi Nishimura, ia adalah penting bagi menunjukkan bagaimana produk makanan itu selamat berdasarkan bukti saintifik untuk disebarkan kepada umum terutamanya di luar Jepun.

Kishida juga dijadualkan mengadakan lawatan ke pasar ikan Toyosu di Tokyo pada Khamis untuk mempromosikan produk makanan laut Fukushima selepas China bertindak tegas mengenakan larangan terhadap hasil tangkapan laut dari negara tersebut kerana bimbang dengan impak radiasi.

Dalam pada itu, di Korea Selatan, Presiden Yoon Suk Yeol dilaporkan tidak ragu-ragu untuk menjamu menu berasaskan ikan.

Agensi berita Yonhap melaporkan, kafetaria pejabat presiden pada minggu ini tetap menyediakan hidangan makanan laut walaupun permintaan semakin merudum kerana khuatir pembuangan sisa air terawat radioaktif bakal memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai.

Loading...
Terkini