comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Sekurang-kurangnya 25 maut dalam kebakaran bas di India

FOTO : India Today

ANKARA : Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku di daerah Buldana, Maharashtra ketika bas itu dalam perjalanan menuju ke Pune, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai kanan polis di daerah Buldana Baburao Mahamuni berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat punca kemalangan.

Laporan awal menunjukkan bas itu melanggar pembahagi sebelum terbakar.  – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini