comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pintu sempadan Rafah akan dibuka bagi kemasukan 20 trak bantuan

TEBING BARAT : Mesir bersetuju membuka pintu sempadan Rafah bagi laluan 20 trak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Namun bila pembukaan sempadan itu akan dibuat tidak diumumkan

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden selepas lawatannya ke Tel Aviv.

FOTO Reuters

Lawatan itu dibuat sehari selepas serangan roket ke atas sebuah Hospital di Gaza yang meragut lebih 500 nyawa

Pakar Politik berpendapat, kebenaran kemasukan 20 trak bagi 2.3 juta penduduk yang terjejas di semenanjung Gaza itu adalah jelas tidak mencukupi

FOTO Reuters

Dalam pada itu angka kematian akibat serangan Israel di Gaza terus meningkat kepada hampir 3,500 orang dengan 12,000 lagi cedera

Manakala 1,300 lagi penduduk dilaporkan hilang termasuk 600 daripadanya adalah kanak-kanak yang dipercayai masih terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan.- AL JAZEERA

Loading...
Terkini