comscore
Tumpuan :
Dunia

Malaysia mengalu-alukan resolusi gencatan senjata di Gaza

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Malaysia mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNSC) 2728 (2024) mengenai Gaza pada 25 Mac.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, resolusi itu menuntut gencatan senjata serta merta, pembebasan tebusan tanpa syarat dan penghantaran segera bantuan kemanusian tanpa halangan.

Penerimaan resolusi itu disifatkan satu kejayaan besar memandangkan konflik di Gaza bermula lebih lima bulan yang lalu.

“Malaysia telah sekian lama menyeru agar Majlis Keselamatan PBB memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan bagi melindungi rakyat Palestin daripada kekejaman Israel, yang sehingga kini telah meragut lebih daripada 32,000 nyawa.

“Sekatan sempadan rejim Israel telah mengakibatkan risiko kebuluran dan malnutrisi bagi 2.3 juta penduduk di Gaza.” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru agar Majlis Keselamatan PBB memastikan Israel memenuhi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa dan menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta.

Selain menyatakan pendirian kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmagdis Timur sebagai ibu negara dan supaya Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini