comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Suspek serang sekolah guna pistol milik bapa

FOTO: AFP

BRAZIL: Bekas pelajar yang melancarkan serangan hingga meragut empat nyawa di dua sekolah dilapor menggunakan dua pucuk pistol dengan salah satunya adalah separa automatik.

Selain memakai pakaian dengan logo swastika, suspek juga dilapor telah merancang serangan ini selama dua tahun.

Menurut datuk bandar, senjata itu adalah milik polis tentera sementara satu lagi pistol adalah milik persendirian yang didaftarkan pada nama bapa suspek yang berkhidmat sebagai anggota polis tentera.

Serangan yang berlaku pada Jumaat lalu itu dilakukan di dua sekolah berasingan terletak di pekan Aracruz.

Tiga guru dan seorang pelajar dilaporkan maut dalam serangan itu, sementara lima lagi mangsa masih dirawat di hospital.

Kira-kira empat jam selepas serangan, suspek yang berusia 16 tahun itu yang pernah menuntut di salah sebuah sekolah yang diserangnya, telah diberkas polis.

Motif serangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini