comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Trafik penumpang udara hampir pulih pada Jun seperti tahap pra-pandemik – IATA

FOTO: Reuters

GENEVA: Syarikat-syarikat penerbangan melaporkan prestasi kukuh pada Jun dengan kadar trafik penumpang meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Geneva pada Selasa.

Bagi separuh pertama tahun ini, operasi global adalah sekitar 47.2 peratus lebih kukuh berbanding tempoh yang sama pada 2022, lapor Agensi Berita dpa.

“Secara global, trafik kini berada pada 94.2 peratus daripada tahap sebelum COVID,” lapor IATA.

Penerbangan dari rantau Asia Pasifik meningkat 128.1 peratus pada Jun tahun ini berbanding Jun 2022, manakala tempahan penerbangan terutamanya di Amerika Utara dan Eropah sentiasa penuh.

Perkhidmatan syarikat-syarikat penerbangan Eropah meningkat sebanyak 14 peratus manakala syarikat-syarikat penerbangan Amerika Utara meningkat sebanyak 23.3 peratus. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini