comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Industri penerbangan main peranan penting semasa bencana alam, krisis kemanusiaan – IATA

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengingatkan pihak berkepentingan akan peranan penting yang dimainkan oleh industri penerbangan pada masa berlakunya bencana alam dan krisis kemanusiaan.

Ketua Pengarahnya Willie Walsh berkata industri penerbangan sentiasa bersedia membantu ketika krisis berlaku kerana saluran hubungan penting untuk membawa bantuan dan pasukan penyelamat ke tempat yang dilanda bencana contohnya seperti kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini.

“Syarikat penerbangan membantu menyelamatkan nyawa selepas berlaku gempa bumi, dan syarikat penerbangan terus membantu mempercepatkan pemulihan dengan penghantaran kargo penting,” katanya.

Walsh berkata, meskipun tiada penjadualan menyeluruh berkaitan sokongan yang disediakan syarikat penerbangan, kira-kira 29 syarikat penerbangan utama yang menyediakan penerbangan ke pasaran Turkiye membantu menghantar lebih 3,500 tan bantuan dari lebih 90 negara, mengendalikan lebih 350 penerbangan bantuan dan penghantaran pulang dan menyediakan pengangkutan kepada lebih 130,000 anggota penyelamat di seluruh dunia.

“Setiap hari syarikat penerbangan memberikan sumbangan positif yang besar kepada manusia dengan menghubungkan manusia, budaya, perniagaan dan ekonomi.

”Ini merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial. Apabila bencana berlaku, hubungan ini menjadi malahan lebih kritikal,” katanya.

Loading...
Terkini