comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Ukraine tolak cadangan serahkan wilayah untuk keahlian NATO

 

Reuters

KYIV: Ukraine tidak akan menyerahkan wilayahnya kepada Rusia untuk mendapatkan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko pada Selasa.

“Perbincangan mengenai Ukraine menyertai NATO sebagai pertukaran untuk menyerahkan sebahagian wilayah Ukraine adalah sama sekali tidak dapat diterima,” menurut hantaran Nikolenko di Facebook.

Beliau menekankan bahawa Ukraine komited untuk terus bekerjasama dengan NATO bagi mencapai keahlian penuh dalam perikatan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kenyataan daripada Stian Jenssen, pengarah pejabat peribadi Setiausaha Agung NATO, yang mencadangkan agar Ukraine menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Rusia sebagai pertukaran untuk keahlian bagi menamatkan peperangan, lapor agensi berita Ukrinform. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini