comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Ahli perniagaan akan didakwa berkaitan Jana Wibawa

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok, berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Pendakwaan terhadap individu berkenaan di mahkamah terbabit akan dibuat jam 9 pagi esok.

Terdahulu,media melaporkan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara pada Selasa lalu atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Jana Wibawa.

Sementara itu, ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan projek sama, Selasa lalu.

Selain itu, seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh, Datuk Teo Wee Cheng, juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, Rabu lalu, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa yang bernilai RM12.875 juta sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah membabitkan program Jana Wibawa seperti ‘dirancang’ dan ‘terancang’.

Untuk rekod, Jana Wibawa diperkenalkan kerajaan bawah pentadbiran Muhyiddin bagi mempercepat pelaksanaan projek bertujuan merancakkan ekonomi negara ketika serta pasca pandemik Covid-19, selain meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing, berdaya tahan dan berpotensi.

Loading...
Terkini