comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Avitan Shalom tak mengaku bersalah tuduhan pindaan perdagang pistol, miliki peluru

Lelaki Israel, Shalom Avitan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan pindaan memperdagangkan enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 200 peluru di sebuah hotel di ibu negara. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan sembilan hari bermula 30 September ini untuk perbicaraan seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru di sebuah hotel di sini Mac lalu.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Shafiq Hasim dan Fazeedah Faik dan peguam Navinjit Singh, mewakili Avitan, 38.

“Mahkamah menetapkan 30 September, 1 hingga 3 Oktober dan 7 hingga 10 Oktober sebagai tarikh perbicaraan serta 28 Jun ini ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya,” kata Norina.

Ketika ditanya Norina, Mohamad Mustaffa memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil seramai 20 orang saksi termasuk pegawai rampasan dan pernyataan saksi akan disediakan.

Terdahulu, Avitan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan pindaan yang dibacakan semula terhadapnya.

Pertuduhan pindaan itu membabitkan tambahan kepada jumlah peluru iaitu daripada 158 kepada 200 peluru sementara pertuduhan kedua, perubahan membabitkan nombor siri pistol jenis Glock dan Stoeger Cougar.

Loading...
Terkini