comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bapa 3 anak dituduh subahat, arah tukang urut paksa isteri lakukan seks luar tabii

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan bersubahat dengan seorang tukang urut untuk melakukan seks luar tabii terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

“Faham, tidak (mengaku bersalah),” katanya.

Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa dengan niat bersubahat dan mengarahkan bersama-sama seorang lelaki memaksa isterinya berusia 40 tahun untuk melakukan perbuatan seks luar tabii tanpa kebenaran mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium di Sentul di antara jam 8.30 malam hingga 10 malam pada 13 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377CA kanun sama.

Jika sabit kesalahan bapa tiga anak itu boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip, manakala tertuduh diwakili peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz.

Terdahulu, Nidzuwan tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan berat, selain mempunyai hubungan dengan mangsa iaitu suami isteri.

Siti Aminah membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat serta tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Sementara itu, di mahkamah sesyen berasingan, tukang urut yang sama mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perhubungan seks dengan wanita sama tanpa kebenaran.

Tertuduh, Muhamad Khairul Mustakim Ismail, 42, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norina Zainol.

Kesalahan itu dilakukan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Oleh itu, bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Loading...
Terkini