comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Bunuh anak saudara, penganggur ke tali gantung

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas kesalahan membunuh anak saudaranya 3 tahun lalu.

Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani, menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Safuan Ramli, 30 tahun, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan melampaui munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh anak saudaranya, Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin, 3 tahun, di sebuah rumah di Felda Cherul Dua, Kemaman, kira-kira jam jam 1.00 tengah hari, pada 27 Januari 2020.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia selepas ditikam menggunakan pisau pemotong sayur dibahagian dada.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah.

Manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mazlan Md Zain.

Loading...
Terkini