comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bunuh ibu, pengawal keselamatan dihantar ke Hospital Bahagia

Pengawal keselamatan (baju hijau) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh ibunya.-Foto: NSTP

GEORGE TOWN: Pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh ibunya, pada 15 Jun lalu.

Tertuduh, Soon Yong Aun, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan dihadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Chua Ah Ting, 67 di sebuah rumah di Taman Alor Vista Lebuh Relau pada jam 5.47 petang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun atau dilanjutkan sehingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini dan beliau tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Darrshini turut mengemukakan kad pesakit luar dan kad ubatan psikiatri milik tertuduh bagi memohon supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di hospital psikiatri.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia selama sebulan sehingga 24 Julai depan sebelum kes disebut semula pada 26 Julai.

Terdahulu seorang wanita berusia 67 tahun maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anaknya yang mempunyai masalah mental kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata suspek yang juga anak bongsu kemudian diberkas di unit kediaman pangsapuri berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini