comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Cabul 6 murid OKU, pembantu pengurusan mengaku tidak bersalah 

KOTA SAMARAHAN: Seorang pembantu pengurusan murid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual terhadap 6 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebuah sekolah di Serian.

Johnatan Douglas Mang, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shafiza Abdul Razak Tready.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki berusia 12 dan 13 tahun dengan menyentuh kemaluan mereka di kelas PPKI sekolah terbabit.

Tiga lagi pertuduhan membabitkan murid perempuan berusia 11, 13 dan 14 tahun di lokasi sama.

Manakala satu lagi pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual ke atas seorang murid perempuan berusia 14 tahun.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan dibaca bersama dengan Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hakim menetapkan 8 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Beliau juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini